WebSiteTemplate.org

 
 

LAMAN UTAMA >  FAQ

 FAQ

 

Soalan-soalan yang biasa ditanya antaranya ialah :

 

A)  PEMBELI

1. Saya ingin membeli buku bagaimanakah caranya?

Anda boleh mendapatkannya di kedai berhampiran anda lihat SENARAI PENGEDAR. Jika tiada anda boleh membeli secara online penghantaran melalui pos atau anda boleh terus datang ke KEDAI kami.

2. Saya tinggal luar dari Lembah Kelang dimanakah saya boleh mendapatkan buku PUSTAKA?

Rujuk SENARAI PENGEDAR untuk setiap negeri. Kami hanya ada maklumat untuk PENGEDAR kami sahaja. Untuk maklumat tentang senarai kedai yang diedarkan oleh mereka, harap maaf kami tiada maklumat tersebut. Hubungi terus PENGEDAR terbabit. Harap maklum.

3. Saya ada membeli buku terbitan PUSTAKA tetapi didapati ada kerosakan di dalamnya. Bagaimana cara untuk saya menggantikannya?

Terdapat beberapa perkara yang boleh dipulangkan sebab rosak. Antaranya ialah disebabkan muka surat berubah, muka surat tidak bercetak dan ada tompokan besar disebabkan percetakan. Jika rosak disebabkan POS atau perkara lain harap maaf tidak boleh ditukar. Untuk memulang buku yang rosak, jika anda beli di kedai, anda boleh menukarkannya di kedai, jika anda beli secara talian, Pos kembali buku yang rosak tersebut dan akan digantikan dengan yang baru. Harap maklum PUSTAKA cuba sebaik yang mungkin untuk menjaga kualiti buku yang dihantar jika ada sebarang kerosakan harap maaf.

4. Saya ada membeli buku terbitan PUSTAKA dari ejen yang datang ke tempat saya, tetapi didapati harga yang dijual adalah melebihi dari harga jualan sebenar? Mengapakah perkara ini berlaku?

PUSTAKA ada menerima banyak aduan mengenai perkara ini. Kami memohon maaf kerana ada setengah-setengah buku kami yang tidak mempunyai harga di kulit buku. Tetapi untuk buku yang mempunyai tanda harga, harga yang sepatutnya adalah 

 

KUTIPAN DEPOSIT OLEH EJEN/JURUJUAL

1. Pustaka mempunyai Pengedar dan pelanggan dari serata Malaysia termasuk Sabah, Sarawak termasuk juga Singapura. Sebagai penerbit kami memang mengharapkan buku kami dapat di jual dan diedarkan ke seluruh Malaysia. Oleh itu kami menjual buku kami tanpa prejudis kepada setiap pelanggan kami untuk memastikan ilmu pengetahuan dapat disebarkan. Namun begitu terdapat segelintir individu yang cuba melakukan penipuan kepada orang ramai dengan menggunakan buku-buku yang terlaris di pasaran sebagai umpan untuk menarik minat pembeli dengan menawarkan diskaun dan meminta wang pendahuluan (deposit) dari pengguna.

2. Perkara ini kerap terjadi kepada banyak penerbit buku yang menerima aduan mengenai jurujual yang tidak memberikan buku setelah membayar wang deposit pada masa yang dijanjikan. Sebenarnya perkara ini dapat dielakkan jika pengguna dapat menggunakan kebijaksanaan anda untuk urusniaga tersebut. Untuk makluman setiap negeri hanya terdapat beberapa pengedar/ejen/jurujual sahaja. Sila rujuk di Senarai Pengedar untuk senarai pengedar Pustaka. Biasanya setiap pengedar negeri akan menjual dan mengedarkan buku tersebut ke seluruh negeri tersebut termasuk di gerai, tapak berniaga, individu dan lain-lain lagi.

3 Adalah sukar bagi pihak Penerbit untuk mengesan individu yang terbabit tanpa maklumat yang lengkap dari pembeli. Jika anda membuat bayaran kepada individu yang mengaku jurujual/pengedar, adalah perlu untuk anda mendapatkan invois atau resit yang tertera:

* Nama syarikat atau individu terbabit

* Alamat Syarikat/Individu

* Nombor telefon yang boleh dihubungi

* Judul Buku dan Harga

4. Adalah penting untuk anda memeriksa harga buku yang dijual sama atau kurang dari harga yang dicetak di buku. Jika jurujual/pengedar menjual lebih dari yang dicetak itu adalah budi bicara anda untuk menentukannya. Jika anda ingin berurusniaga dengan pengedar dan jurujual kami, langkah yang sama juga perlu diambil untuk menguruskan urusniaga anda. Kami tidak bertanggungjawab atas segala kerugian yang berlaku di pihak anda. Pustaka hanya akan membantu untuk mengesan individu yang terbabit, jika anda curiga dengan jurujual/pengedar yang berurusan, anda boleh menghubungi kami untuk mendapat kepastian. Pihak PUSTAKA sangat menggalakkan kepada pengguna untuk mendapatkan terus kami dari kami.

 

More

 

 
 
 
 
 
 
   
 
Powered By CMSimple.dk - Template By WebSiteTemplate.org