WebSiteTemplate.org

 
 

LAMAN UTAMA >  FAQ > MAKLUMAN PENTING

MAKLUMAN PENTING

1. KUTIPAN DEPOSIT OLEH EJEN/JURUJUAL

1. Pustaka mempunyai Pengedar dan pelanggan dari serata Malaysia termasuk Sabah, Sarawak termasuk juga Singapura. Sebagai penerbit kami memang mengharapkan buku kami dapat di jual dan diedarkan ke seluruh Malaysia. Oleh itu kami menjual buku kami tanpa prejudis kepada setiap pelanggan kami untuk memastikan ilmu pengetahuan dapat disebarkan. Namun begitu terdapat segelintir individu yang cuba melakukan penipuan kepada orang ramai dengan menggunakan buku-buku terbitan Pustaka yang terlaris di pasaran sebagai umpan untuk menarik minat pembeli dengan menawarkan diskaun dan meminta wang pendahuluan (deposit) dari pengguna.

2. Perkara ini kerap terjadi kepada banyak penerbit buku, yang sering kali menerima aduan mengenai jurujual yang tidak memberikan buku setelah membayar wang deposit pada masa yang dijanjikan. Sebenarnya perkara ini dapat dielakkan jika pengguna dapat menggunakan kebijaksanaan anda untuk urusniaga tersebut. Untuk makluman setiap negeri, Pustaka hanya terdapat beberapa pengedar/ejen/jurujual sahaja. Sila rujuk di Senarai Pengedar untuk senarai pengedar Pustaka. Biasanya setiap pengedar negeri akan menjual dan mengedarkan buku tersebut ke seluruh negeri tersebut termasuk di gerai, tapak berniaga, individu dan lain-lain lagi.

3 Adalah sukar bagi pihak Penerbit untuk mengesan individu yang terbabit tanpa maklumat yang lengkap dari pembeli. Jika anda membuat bayaran kepada individu yang mengaku jurujual/pengedar, adalah perlu untuk anda mendapatkan invois atau resit yang tertera:

* Nama syarikat atau individu terbabit

* Alamat Syarikat/Individu

* Nombor telefon yang boleh dihubungi

* Judul Buku dan Harga

4. Adalah penting untuk anda memeriksa harga buku yang dijual sama atau kurang dari harga yang dicetak di buku. Jika jurujual/pengedar menjual lebih dari yang dicetak itu adalah budi bicara anda untuk menentukannya. Jika anda ingin berurusniaga dengan pengedar dan jurujual kami, langkah yang sama juga perlu diambil untuk menguruskan urusniaga anda. Kami tidak bertanggungjawab atas segala kerugian yang berlaku di pihak anda. Pustaka hanya akan membantu untuk mengesan individu yang terbabit, jika anda curiga dengan jurujual/pengedar yang berurusan, anda boleh menghubungi kami untuk mendapat kepastian. Pihak PUSTAKA sangat menggalakkan kepada pengguna untuk mendapatkan terus dari kami.

 

2. CETAK ROMPAK

1. Awas!! Buku yang anda beli mungkin adalah cetak rompak. Barang cetak rompak atau pun barang peniruan merupakan barang yang dihasilkan semula dan serupa dengan barang asli. Barang cetak rompak adalah berbeza dari barang peniruan dari segi niat menipu pembeli. Barang penipuan adalah barang yang dijual dengan pembeli dikelirukan agar percaya bahawa barang dibeli adalah asli. Manakala, barang cetak rompak adalah barang yang dijual dengan pembeli mengetahui bahawa ia bukan barang yang asli.

2. Jika dahulu masalah cetak rompak banyak berlaku kepada cakera padat (CD) seperti Cd bacaan ayat-ayat Al-Quran, lagu juga termasuk perisian komputer. Kini buku juga telah dicetak rompak. Walaupun perkara ini sudah lama berlaku, tetapi ianya tidak serius dan ramai yang tidak menyedarinya. Terdapat pelbagai cara dimana hasil karya dirompak atau disalin tanpa kebenaran pemilik hakcipta. Penyalinan tersebut dibuat dengan cara :

1. Menerbitkan semula sebahagian atau kesemua hasil karya.
2. Membuat salinan kepada pelbagai bentuk sama ada cara mengambil gambar, membuat salinan secara elektronik atau komputer, fotostat, rakaman video, rakaman suara, menaip semula atau diubah kepada PDF.
3. Menyalin kandungan bahan dan dijual semula dengan tajuk yang berbeza.
4. Mengeluarkan bahan atau perkakas yang menggunakan idea yang sama, dimana idea tersebut telah dihakcipta.

3. Banyak Penerbit yang terpaksa menghentikan pengeluaran dan penjualan kerana masalah kekurangan jualan dan permintaan di pasaran. Jika masalah ini berterusan tidak mustahil akan banyak penerbit yang akan gulung tikar dan seterusnya akan kurang penerbitan buku-buku ilmiah di pasaran sekaligus menyebabkan masyarakat menjadi semkin mundur.

4. Untuk itu kami mengharap bantuan dan keprihatinan anda untuk membantu kami mengesan dan menyekat jualan buku ini di pasaran. Untuk memastikan anda mendapat buku yang asli, terdapat beberapa perbezaan ciri di antara buku asli dengan buku cetak rompak telah dikenalpasti. Perbezaan tersebut adalah :

1. Kualiti gambar pada kulit hadapan tidak memuaskan contohnya kabur, tidak jelas dan pecah
2. Untuk isi kandungan juga adalah sama seperti di atas, tulisannya pecah dan kabur.
3. Logo Pustaka Haji Abdul Majid pada buku tidak jelas, kabur dan pecah.

Oleh itu kami sangat mengharapkan anda mendapat buku yang asli bagi menjamin kepuasan anda dan tidak merugikan anda. Jika anda ragu-ragu mengenai keaslian buku tersebut anda boleh menghubungi pihak kami. Buku cetak rompak tidak boleh ditukar jika terdapat sebarang kerosakan.Walau bagaimanapun jika anda terbeli buku cetak rompak tanpa disedari,kami halalkan untuk bacaan dan amalan anda semua.

Perhatian :

Kami sentiasa menukarkan design dan warna kulit buku kami sebagai cara untuk mengatasi masalah ini. Oleh ini jika anda terkeliru tentang perkara ini, kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan. Walaupun design kulit berbeza tapi isi kandungan tidak berubah. Harap Maklum.

Sila isi borang aduan di bawah, jika ada sebarang komen/masalah :

 

 

Komen / Aduan

Nama *
No. Telefon Anda
Email *
Perkara *
Mesej *
Powered byEMF Contact Form
Report Abuse
 
 
 
 
 

 

 
 
 
 
 
 
   
 
Powered By CMSimple.dk - Template By WebSiteTemplate.org