WebSiteTemplate.org

 
 

LAMAN UTAMA > PENGENALAN

PENGENALAN

 

PUSTAKA HAJI ABDUL MAJID

 

   Pustaka Haji Abdul Majid diasaskan pada 16 September 1989 bermula di Taman Ehsan Kepong. Syarikat ini adalah hakmilik penuh bumiputera yang telah dibangunkan oleh Haji Abdul Majid bersama keluarganya. Antara tujuan utama penubuhan Pustaka Haji Abdul Majid adalah didorong oleh kurangnya penglibatan bumiputera dalam penerbitan buku agama Islam di pasaran selain ingin menyebarkan ilmu pengetahuan ke seluruh negara. Pada awal penubuhannya, sebuah rumah di Taman Ehsan menjadi tempat operasi mengedar dan menyimpan stok buku yang mana juga adalah tempat kediaman Haji Abdul majid sekeluarga.

   Semasa awal penubuhan Haji Abdul Majid banyak menerbitkan buku-buku prasekolah dan buku kanak-kanak yang ketika itu mendapat permintaan yang tinggi. Menyedari tajuk buku yang semakin meningkat dan tempat yang terhad, Haji Abdul Majid nekad telah menyewa seunit rumah kedai Taman Desa Jaya, Kepong. Berkat kesabaran dan usaha yang gigih, setelah hampir 19 tahun menyewa kedai di Taman Desa Jaya dan menempuhi pelbagai ranjau dan cabaran, Alhamdulillah Haji Abdul Majid mengorak langkah dengan membeli seunit kedai 2 tingkat di Taman Sri Batu Caves dan memindah operasi sepenuhnya disini sehingga kini.

    Kini, hampir 150 tajuk buku agama meliputi buku sekolah Kebangsaan, Menengah, Agama, Universiti dan buku-buku umum telah diterbitkan bagi memenuhi permintaan pengguna yang semakin bertambah. Haji Abdul Majid juga telah menerbit Al-Quran Rasm Uthmani dan Muqaddam Rasm Uthmani untuk diedarkan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah,Sarawak dan juga Singapura. Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang selama ini menyokong kami. Kami berharap usaha kita bersama dapat membantu untuk memperkasakan ilmu pengetahuan kita bersama Insyallah..

 

Salam Mesra,

 

Pengurusan 

 

 

www.pustakaabdulmajid.com

 

 

Latar Belakang Syarikat

 

 

Nama Syarikat Yang Didaftarkan  :  PUSTAKA HAJI ABDUL MAJID

Alamat Yang Didaftarkan  :  No. 54, Jalan SBC 3, Taman Sri Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor D.E.

Nombor Telefon/Faks  : 03-61842641 / 0361842671

Emel/Laman Web  :  phamsb@gmail.com / www.pustakaabdulmajid.com

Nombor Pendaftaran Syarikat  :  000790734-V

Tarikh Pendaftaran  :  16 September 1989

Status Syarikat  :  100% Bumiputera

No. Pendaftaran Kementerian Kewangan  :  357-01002459

 

 

 

 

 

 


                      © www.pustakamajid.com  Hakcipta Terpelihara  |   Harga Tertakluk Kepada Perubahan dan Tanpa Sebarang Notis  | Pertanyaan : phamsb@gmail.com

 

 

online counter

 

 

 
 
 
 
 
 
   
 
Powered By CMSimple.dk - Template By WebSiteTemplate.org